Tuesday, 8 November 2011

PENGALAMAN DI PULAU UBIN

Ini adalah blog yang menampilkan pengalaman kami semasa kami mengunjungi pulau ubin.Di sana kami melakukan pelbagai kegiatan-kegiatan yang sangat menyenangkan dan meninggalkan kesan yang sangat mendalam.

Kami telah ke Pulau Ubin pada hari Selasa,8 November 2011.

Tujuan kami pergi ke sana adalah untuk mempelajari seni budaya melayu lebih mendalam dan cuba untuk merasakan kehidupan melayu zaman dahulu.

Kami telah pergi ke Changi Jeti dengan menaiki bas dari sekolah. Dari situ, kami telah menaiki bot ke Pulau Ubin.Tiba di Pulau Ubin, kami menaiki sebuah van menuju ke kampung Riang Ria. Barang-barang yang perlu kami bawa adalah beg kanvas, pena, tisu, ponco, tuala muka, botol air, S$5 untuk membayar tambang bot, topi, penghalau serangga dan kamera.

Ketika dalam perjalanan ke Pulau Ubin, kami berasa sangat tenang kerana ditemani pemandangan yang indah dan bunyi air yang berkocar-kacir
Kami juga melakukan pelbagai kegiatan seperti mencuba permainan istimewa budaya melayu, contohnya permainan congkak.Itu merupakan permainan dimana kami berusaha mendapatkan sebanyak mungkin markah untuk memenangkan pertandingan.

ISI- AKTIVITI

Permainan yang lain adalah gasing. Ini merupakan permainan dimana kami cuba untuk melimparkan gasing tersebut dengan menggunakan tali untuk memutarkannya.

Kami juga dapat merasakan pelbagai masakan-masakan melayu seperti goreng pisang dan kuih dadar.Goreng pisang melayu memiliki rasa yang garing dan pisang yang didapatkan memiliki rasa yang sangat manis sehingga rasanya menjadi enak.

Kuih dadar juga memiliki rasa yang manis dan memliki aroma yang sangat sedap.Kuih dadar yang kami makan adalah kuih dadar yang kami buat sendiri,walaupun sebahagian bahannya telah dipersiapkan oleh Cik Ros yang merupakan salah satu orang yang bertugas disana.

Kami juga mencuba kegiatan batik canting yang merupakan ciri istimewa orang melayu.Itu merupakan kegiatan dimana kami melukis menggunakan lilin dan mewarnainya menggunakan pewarna.
Bahan-bahan yang kami gunakan telah dipersiapkan pada saat kami tiba di Pulau Ubin. Cikgu Juraimi telah mengajar kami bagaimana untuk melukis batik canting.

Selain itu, kami telah mengunjungi sebuah rumah kampung melayu yang dimiliki Nenek Hitam.Walaubagaimanapun,Nenek Hitam telah berpindah ke Singapura bersama anak cucunya.
Rumah itu dibuat dari kayu dan batu.Rumah itu juga terdiri dari 3 bilik, 1 dapur, 1 ruang makan dan 1 ruang tamu. Satu dari bilik itu adalah bilik utama dimana Nenek Hitam tidur. Yang lainnya adalah bilik lelaki dan perempuan. Dibandingkan dengan bilik lelaki, bilik perempuan mempunyai sebuah katil dan kabinet dimana bilik lelaki tidak memilikinya.

Itu merupakan salah satu pengalaman yang sangat menyenangkan di Pulau Ubin.Kami sangat bersyukur kerana telah diberi kesempatan untuk mengunjungi tempat itu kerana kami telah mempelajari banyak budaya melayu setelah mengunjungi tempat itu.Saya berharap agar saya dapat memiliki kesempatan untuk mengunjungi Pulau Ubin lagi.

LAGENDA PULAU UBIN

Lagenda mengatakan bahawa Pulau Ubin terbentuk apabila haiwan dari Singapura (katak,babi dan gajah) mencabar antara satu sama lain untuk perlumbaan untuk mencapai pantai johor.Haiwan yang gagal akan bertukar menjadi batu.Ketiga ketiga terserempak dengan banyak kesukaran dan tidak dapat sampai ke pantai johor. Oleh itu , gajah dan babi bersama-sama berpaling ke Pulau ubin , manakala katak menjadi pulau sekudu atau pulau katak

Bagaimana Pemerintah Singapura menjaga Pulau Ubin

Kerajaan juga memainkan peranannya dalam pemuliharaan itu dan perlindungan Pulau Ubin, pantai dan tanah lembap yang, dalam mewujudkan satu santuary alam sekitar dan pengunjung mesra dengan menara pemerhatian 1, broadwalk dan melihat jeti, sampai ke pantai itu dan tanah-tanah di antara, di mana nipah plams,pokok-pokok bakau dan vegatation pantai yang lain hidup subur.

Kawasan bakau di Pulau Ubin perlu
dikenal pasti dan dilindungi oleh Kerajaan. Iaitu, kawasan-kawasan ini boleh
diwarta sebagai kawasan simpanan alam semulajadi. Di Pulau Ubin, rizab ini akan dizonkan, dilindungi
dan dipantau. Ini akan memastikan bahawa pembangunan masa depan tidak akan memusnahkan kawasan-kawasan ini.


ETIMOLOGI
Nama Pulau Ubin harfiah bermaksud " Granite Island" dalam bahasa Melayu, yang menjelaskan granit banyak yang terbengkalai kuari di sana.Ubin perkataan berkata , untuk menjadi istilah jawa untuk "batu kuasa dua" . kepada orang melayu , pulau inijuga dikenali sebagai pulau batu ubin , atau "Granite Stone Island". Batu-batu di pulau itu telah di gunakan untuk membuat jubin lantai pada masa lalu dan telah di panggil jubin , yang kemudian dipendekan kepada ubin.Pulau ini dikenali sebagai chioh sua dalam bahasa Hokkien , yang bermaksud "batu bukit"

Renungan
Kevin: Saya gembira kerana singapura masih mempunyai tempat-tempat tradisional seperti Pulau Ubin walaupun majoriti tanah singapura dipenuhi dengan bangunan tinggi. Saya berharap kerajaan dapat mengekalkan Pulau Ubin

Farhan : Walaupun cuaca kurang baik kerana hujan, saya berasa seronok dan gembira selepas akhirnya pelawatan kami ke Pulau Ubin. Aktiviti yang paling saya minati adalah Batik Canting kerana saya tidak pernah melakukannya dan saya minat dalam bidang seni. Secara keseluruhan, saya berharap agar saya dapat melakukan aktiviti sebegini sekali lagi.

Haikal : Saya benar-benar menikmati diri saya di Pulau Ubin walaupun cuaca tidak begitu baik.Saya benar-benar menikmati aktiviti-aktiviti seperti Batik Canting . Ia adalah menyeronokkan kerana kita tidak mempunyai chnace sebenar untuk melakukan Batik di Singapura. Secara keseluruhan, saya benar-benar berpuas hati dengan perjalanan dan aktiviti-aktiviti di Pulau Ubin dan membuatkan saya sedar bagaimana unik dan menarik Budaya Melayu.

No comments:

Post a Comment