Nama : Kevin setiadi tang (23)
Kelas: 306
Karangan Ekspositori
Tajuk : Kita harus mengekalkan keadaan asal Pulau Ubin seperti yang ada
sekarang jelaskan sebab-sebabnya.
Singapura merupakan Negara moden di dalam era ini. Di sebabkan globalisasi, singapura telah berkembang banyak. Banyak bangunan – bangunan tinggi dibina. Tetapi, banyak kampung kampung yang ada di singapura telah hilang kerana tanah tanah itu telah di gunakan untuk bangunan tinggi. Dengan adanya masalah ini, nilai nilai budaya telah punah daripada Bandar singapura. Kerana pulau ubin merupakan pulau yg masih mempunyai kampung dan hutan semula jadi, kita raykat singapura mesti mengekalkan keadaan asal pulau ubin seperti yang ada sekarang kerana pulau ubin mempunyai daya tarikan.
Pertama, Pulau Ubin merupakan destinasi pelancongan untuk pelancong pelancong yang mahu menikmati alam semula jadi. Hutan-hutan yang semula jadi dan kampung yang sangat tradisonal membuat tempat ini menjadi tempat yang tepat untuk jurugambar mengambil gambar .contoh, Chek Jawa dan kampung ria merupakan tempat yang ramai di kunjungi pelancong pelancong dari tahun ke tahun tempat ini juga tempat yang baik untuk para pekerja yang mahu berehat kerana tempat ini sangat sunyi.
Kedua, kami dapat melalui pengalaman yang baru dipulau ubin. Pulau Ubin mempunyai tempat yang kosong untuk melakukan banyak aktiviti banyak pelajar pelajar dari sekolah mengengah melakukan aktiviti disana seperti berolahraga pada hari sukan dan berkemah di sana. Berdasarkan hasil kaji selidik sekitar 50 peratus dari pelajar pelajar yang ada di singapura melakukan perkemahan di Pulau Ubin. Dan di sana kami dapat berinteraksi dengan haiwan haiwan liar yang ada disana seperti babi hutan dan lain lain.
Ketiga , Pulau ubin juga menjadi tempat yang bagus untuk keluarga berekreasi di sana. Baru baru ini banyak terjadi kes-kes anak yang rosak akibat teknologi teknologi yang hidup di antara mereka. Ini membuat hubungan antara anak dan ibu bapa menjadi tidak baik. Itu di sebabkan kerana mereka memilih teknologi teknologi yang mereka punyai daripada berbahagi cerita cerita yang mereka punyai kepada ibu bapa mereka. banyak dari mereka masuk ke jalan yang tidak benar. Contoh, ada anak yang ditangkap oleh polis akibat menggunakan dadah yang telah di berikan oleh kawan kawanya. Kebanyakan dari mereka mendapat teman teman yang tidak baik dari Facebook ataupun Twitter. Jadi , pergi berekreasi di Pulau Ubin dapat meningkatkan tali hubungan antara ibu bapa dan anak kerana berkumpul bersama keluarga memberi peran yang penting kepada setiap keluarga jadi anak anak menjadi lebih dekat kepada ibu bapanya selain itu. Anak anak pada zaman sekarang memiliki kehidupan yang lebih baik daripada zaman dahulu. Mereka mesti tahu bagaimana cara kehidupan orang orang di kampung kerana kebanyakan dari mereka menggunakan barang barang secara sia sia. Jadi mereka dapat sadar dan menggunakan teknologi teknologi sebaik mungkin .tinggal di kampung dapat memberi manfaat kepada mereka.
Keempat , kita mesti mempelajari sejarah sejarah singapura suatu masa dahulu. Di singapura, hampir Bandar ini di penuhi dengan bangunan bangunan tinggi dan jarang ternampak bangunan bersejarah seperti , bangunan peninggilan bangsa Inggeris . kerana Pulau Ubin masih sangat tradisional dan masih semula jadi , tempat ini juga tempat yang tepat untuk mempelajari sejarah sejarah masa dahulu. Di Pulau Ubin kami juga dapat berinteraksi dengan orang lokal dan bertanya tentang masa dahulu sehingga dapat mempelajari singapura lebih terperinci.
Secara keseluruhan , kami mesti mengekalkan Pulau Ubin kerana pulau ini mempunyai nilai nilai yang tidak di miliki oleh orang ramai dan ini juga dapat menghasilkan wang yang cukup banyak untuk negara Singapura
No comments:
Post a Comment